Wednesday, July 4, 2012

FAHAMAN JIL


saya pernah menonton satu rancangan di TV Al-Hijrah...rancangan yang mengupas tentang JIL atau Jaringan Islam Liberal...




-pendapat saya tentang kenapa fahaman ini berleluasa-


salah satu sebab ialah orang bukan islam tidak menghormati orang islam dan agama islam. ini semua datangnya dari kalangan  kita sendiri yang menyamakan Agama kita dengan Agama lain.
sebagai contoh,

  • penganut agama lain tidak menutup aurat, orang islam pun tak tutup aurat.
  • orang lain minum arak, orang islam pun ada minum arak,
  • orang lain berzina, orang islam pun ada yang melakukan zina
  • dan yang lebih teruk, juara buang anak jatuh kepada orang islam dan melayu.
  • dan yang paling penting, orang bukan islam tidak solat, orang islam pun ramai yang tidak mengerjakan solat.

pernah ada seorang ustaz memberitahu, orang islam di malaysia hanya 20% yang solat...

inilah yang saya maksudkan orang islam sendiri yang menyamakan islam dengan agama lain...

ramai juga dikalangan orang islam yang memandang tinggi budaya orang barat@bukan islam..
ramai juga yang mengikut trend yang di buat di barat


Dari Abu Sa'id Al Khudzri: Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sungguh, kamu akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan (tradisi, cara jalan hidup) orang-orang sebelum kamu, sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal, hingga kalaulah mereka masuk liang biawak, nescaya kamu mengikuti mereka juga." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, Yahudi dan Nasrani kah?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka?" [Sahih Bukhari & Muslim] 

budaya yang dinyatakan dalam hadis tersebut boleh di lihat dengan situasi masa sekarang...

orang bukan islam tidak dapat melihat apa-apa pun pada islam...sebabnya ialah kita, kita tidak membezakan agama kita dengan agama mereka...

jadi, tak perlu kita menyalahkan orang lain dengan tersebarnya fahaman liberalisma ini...
apa yang perlu ialah, 
  • kuatkan kerja-kerja dakwah, 
  • kuatkan memberi fahaman kepada orang islam tentang tuntutan syariat islam yang setiap muslim wajib ikut;
  • kuatkan usaha mengajak atau menyuruh semua jiwa-jiwa muslim supaya taat dan takut kepada Allah serta mengamalkan ajaran islam yang sebenar....

jika semua jiwa muslim mengerjakan ajaran islam dengan betul, pasti orang bukan islam menghormati orang islam dan Agama islam itu sendiri....WALLAHU A'LAM...

Monday, June 18, 2012

Specialnya SOLAT




SUBHANALLAH...Maha Suci Bagi Allah...
Sungguh besar taraf solat ni
Highest level..
Solat difardhukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui peristiwa isra’ dan mikraj
Allah s.w.t sendiri  yang menurunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w tanpa perantaraan malaikat
Berbanding dengan kefardhuan lain seperti zakat, puasa dan haji
Yang mana kefardhuannya diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w
Begitu istimewa SOLAT ni
Sebab itulah SOLAT merupakan TIANG AGAMA
Tetapi, ramai di kalangan ummat islam yang lalai tentang ibadah SOLAT
Ramai yang suka bertangguh
Ada yang pentingkan benda lain dahulu seperti study ataupun main game
Ada yang rela menghabiskan dulu cerita atau movie, barulah tunaikan SOLAT..
Ada yang solat sepantas kilat atau dikenali sebagai solat ayam
Ada yang solat seminggu sekali, solat jumaat
Ada yang solat setahun sekali, solat raya
Padahal solat hari raya adalah perkara sunat
Orang yang meninggalkan SOLAT dikira telah meruntuhkan tiang AGAMA
Samalah seperti meRUNTUHKAN AGAMA
Bila ditanya syurga atau neraka, ramai yang mahukan syurga
Bila ditanya syafaat baginda, ramai yang mahukan syafaat Nabi Muhammad s.a.w
Bila diajak solat jemaah, ramai jugalah yang memberi seribu satu alasan
Tidak lama solat, Cuma 5 minit
Tidak payah solat ni, dimane-mane buleh tunaikan solat

Berhentilah seketika pekerjaan untuk kita mengadap Ilahi
Tanda kita bersyukur dan berterima kasih atas nikmah dah limpah rahmat Allah kepada kita
Jadilah kita dikalangan orang yang BERSYUKUR
Jom TINGKATKAN MUTU SOLAT!
Semoga Allah membantu hamba-NYA yang ingin berubah kepada kebaikan
insyaAllah... 


Tuesday, June 12, 2012


DEDIKASI BUAT Rx10

Bagai isi dengan kuku
Itulah yang digambarkan sebagai sahabat
Yang sentiasa bersama
Walau dimana berada

Dan bagai aur dengan tebing
Itu juga merupakan sahabat
Yang saling lengkap melengkapi
Antara satu sama lain

Dan bagai kacang lupakan kulit
Itu juga adalah sahabat
Yang meninggalkan sahabatnya
Apabila sudah tidak lagi diperlukan

Sahabatku
Pergimu meninggalkan seribu kenangan
Datangmu dengan senyuman
Sedihmu aku tertawan
Tawa riangmu, aku senang

Setahun berlalu meninggalkan kesan
Tahun hadapan membawa seribu azam
Barang yang lama usahlah dibuang
Kerana ianya mungkin boleh dijadikan sebagai panduan

 

Sahabatku
Berjuang bukanlah sesuatu yang mudah
Kesuntukan masa itu biasa
Penat menderita itu sementara
Namun redha Ilahi itulah yang paling utama

Perang peperiksaan ramai menderita
Ada yang sesak kerana masih tidak ingat
Dan ada pula yang bersahaja, kerana sudah padat
Namun, berserah kepada Ilahi itulah yang paling tepat

Sahabatku
Setahun baru sahaja berlalu
Tahun hadapan sedang menunggu
Mungkin ianya sama
Dan mungkin ada yang baru

Alas yang dulunya empuk, mungkin bertukar keras
Tempat menyandar yang dulunya tinggi, mungkin tak lepas
Bagi yang lemah, ini memanglah susah
Tapi bagi yang kuat, ini mungkin hadiah

Sahabatku
Jatuh bangun itulah adat sebuah kehidupan
Jatuh motor, itu hanyalah dugaan
Namun apakah kita sudah cukup dengan ketahanan
Untuk menghadapi cabaran yang lebih mendalam

Sahabat seperjuanganku
Gemuruh di jiwa kian membara
Bermula di puncak, ingin menuju ke angkasa
Usah lena, usahlah leka
Kerana bintang berkerlipan sedang menunggu disana

Kuatkanlah semangatmu duhai sahabat, janganlah mengalah
Andai dilanda badai, janganlah berputus asa
Sambutlah salamku, salam ikatan ukhuwah
Dari ku, Selapang Dada Seteguh Jiwa




Sunday, March 27, 2011

PAS bergabung dengan UMNO

Pada mggu lepas, saya ada di interview oleh seorg wrtwan dri sinar harian...

Wartwan itu menanyakan pendapat saya tentg ‘PAS bergabung dgan UMNO’...

Jd saya nk ulas sikit lg la pndpat saya kt blog ni...

Bg pendapat saya, PAS dan UMNO perlu bergabung untuk memartbatkn lg bgsa melayu dan menaikkan lagi islam ttapi dgan syarat2 tertentu iaitu UMNO mesti mgubah dsarnya...sperti yg kte tahu UMNO mendoctrin smua ahlinya spya mmperjuangkan bangsa iaitu melayu...bg pendpat saya, berjuang untuk bgsa ni tdak akn kemana sbbnye manusia tdak boleh bersatu atas nama bangsa, manusia hanya boleh bersatu atas nama agama iaitu ISLAM... manusia tidak boleh bergabung ats nama bangsa kerana bangsa ini tidak boleh brubah...orang melayu tidak boleh menjadi org cina dan orang cina tdak boleh menjadi orang india dan sebagainya....tetapi jika semua manusia bersatu atas nama agama islam, nescaya manusia di dunia ni bleh bersatu kerana islam bersifat terbuka...islam terbuka kpd semua bangsa tidak kira melayu, cina, india dan lain2...orang cina, orang india semua buleh menganut islam...kita sbgai orang islam wajib untuk perjuangkan bgi mencapai khalifah islamiyah...

Di dalam UMNO, mreka hanya memperjuangkan bangsa...kite bleh tgk sendri laungan mereka iaitu ‘hidup melayu’...bukan kita tidak mahu melayu ni, tapi bangsa tidak boleh membawa kesatuan manusia seluruh dunia... kita tengok sejarah Nabi semasa peristiwa hijrah, dimana kaum ansar dan muhajirin bersatu atas nama islam....mereka melupakan bgsa masing2 sehingga kaum muhajirin ni sanggup berkorban apa saja demi saudara seislam mereka...kalau kat malaysia ni, takkan terjadi....orang melayu tidak sanggup berkongsi dengan orang kaum lain sebab mereka bangsa lain hatta jika mereka orang islam sendiri pun, orang melayu takkan berkongsi...,tengok sendiri la kes UITM...macam mana orang melayu sanggup adakan demonstrasi bagi membantah cadangan MB selangor untuk memasukkan 10% org bukan melayu ke dalam UITM....itu hanya cadangan, bukannya arahan...Pdahal MB selangor sendri tidak ada kuasa untuk mmasukkan bagsa lain k UITM....

Jadi, UMNO perlu ubah dasarnya supaya memperjuangkan ISLAM bersama-sama dengan PAS....jangan jadi mcam zaman arab jahiliyah dimana mereka hidup berpuak-puak mengikut kabilah masing2....

Orang PAS pun jangan terlalu memusuhi orang UMNO kerna dalam UMNO pun ada orang melayu, ad orang islam....takkan kita nk memusuhi bangsa dan saudara kita sendiri...jadi saya berharap ahli UMNO sedar dan mengubah perjuangan mereka, dan orang PAS pula, saya berharap agar tidak memusuhi orang UMNO kerana mereka bukan orang lain, mereka saudara kita juga, Cuma ada segelintir orang UMNO yg memusuhi islam...org2 ini kita kne lawan la...mgkin bleh dianggap musuh kerana melawan islam...

Harapnya tulisan ini tidak menjadi kontrovesi mana-mana pihak...ini Cuma pendapat peribadi... :)

Tuesday, March 22, 2011

kenangan berpindah rumah baru


bermula cerita masa aku berumur 5 tahun....
mase ni x berape nk tahu lagi kehidupan dunia ini...

pengalaman yg masih meniggalkan kesan hingga ke hari ini....

bermula apabila kami sekeluarga mula berpindah ke rumah baru...
semingggu selepas brpindah, abgku mengjak ak pergi round
 kampung baru yg bru kami pindah...ak mggunakan basikal antik.... 
basikal yg tidak cukup sifat...
hanya ad body, tayar n handle je...brek n rantai xdop...haha...
abgku guna basikal yg ckup lgkap...

dengan berani ak nk trun bukit mggunakn basikal tu...
ak n abgku pon trun bukit mggunakn basikal msing2...
tiba2 abgku membelok masuk ke simpang sebelah kiri....
ak terkjut, ak pon tgk la kt abg ak....
tiba2 entah apa yg ak terlanggar, basikal ak terbalik...
ak rebah n berpusing berkali2...
haha...sakit wo0o...

ak bngun, ak rase hidungku berdarah....
aku mengis...haha...
abgku pon bawa ak pulg ke rumah...
n ayahku bwak ak k clinik...

luka hampir menutupi seluruh hidung ku...haha...
memg ak cium tanah la mse accident tu...
smpai skarang parut masih ad di hidung ak...
kesn dr accident tu...

tp naseb baek parut tu kian surut, klau x,
 x encem la ak...hehe

moral- pandu la dgn cermat...
n jgn guna kenderaan yg x ckup sifat mcm basikal ak td...haha

sekian pengalaman pahitku di wktu kcil... :)

PERMULAAN



banyak pengalaman-pengalaman yg telah kita lalui sepanjang hidup kita...macam-macam kita lalui...
bila terkenangkan balik peristiwa-peristiwa lama, kadang2 kita rasa kelakar, kita rasa sedih, gembira, rindu n macam2 lagi la....
tpi jika sekadar kita terkenang saja peristiwa lame x berguna,
sama-sama la kita ambk iktibar dari apa yg telah kita lalui... :)

RUGINYA PEROKOK



saya pn pernah menjadi perokok, tp sy dapat berubah, Alhamdulillah..