Monday, June 18, 2012

Specialnya SOLAT




SUBHANALLAH...Maha Suci Bagi Allah...
Sungguh besar taraf solat ni
Highest level..
Solat difardhukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui peristiwa isra’ dan mikraj
Allah s.w.t sendiri  yang menurunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w tanpa perantaraan malaikat
Berbanding dengan kefardhuan lain seperti zakat, puasa dan haji
Yang mana kefardhuannya diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w
Begitu istimewa SOLAT ni
Sebab itulah SOLAT merupakan TIANG AGAMA
Tetapi, ramai di kalangan ummat islam yang lalai tentang ibadah SOLAT
Ramai yang suka bertangguh
Ada yang pentingkan benda lain dahulu seperti study ataupun main game
Ada yang rela menghabiskan dulu cerita atau movie, barulah tunaikan SOLAT..
Ada yang solat sepantas kilat atau dikenali sebagai solat ayam
Ada yang solat seminggu sekali, solat jumaat
Ada yang solat setahun sekali, solat raya
Padahal solat hari raya adalah perkara sunat
Orang yang meninggalkan SOLAT dikira telah meruntuhkan tiang AGAMA
Samalah seperti meRUNTUHKAN AGAMA
Bila ditanya syurga atau neraka, ramai yang mahukan syurga
Bila ditanya syafaat baginda, ramai yang mahukan syafaat Nabi Muhammad s.a.w
Bila diajak solat jemaah, ramai jugalah yang memberi seribu satu alasan
Tidak lama solat, Cuma 5 minit
Tidak payah solat ni, dimane-mane buleh tunaikan solat

Berhentilah seketika pekerjaan untuk kita mengadap Ilahi
Tanda kita bersyukur dan berterima kasih atas nikmah dah limpah rahmat Allah kepada kita
Jadilah kita dikalangan orang yang BERSYUKUR
Jom TINGKATKAN MUTU SOLAT!
Semoga Allah membantu hamba-NYA yang ingin berubah kepada kebaikan
insyaAllah... 


No comments:

Post a Comment