DEDIKASI BUAT Rx10
Bagai isi dengan kuku
Itulah yang digambarkan sebagai sahabat
Yang sentiasa bersama
Walau dimana berada
Dan bagai aur dengan tebing
Itu juga merupakan sahabat
Yang saling lengkap melengkapi
Antara satu sama lain
Dan bagai kacang lupakan kulit
Itu juga adalah sahabat
Yang meninggalkan sahabatnya
Apabila sudah tidak lagi diperlukan
Sahabatku
Pergimu meninggalkan seribu kenangan
Datangmu dengan senyuman
Sedihmu aku tertawan
Tawa riangmu, aku senang
Setahun berlalu meninggalkan kesan
Tahun hadapan membawa seribu azam
Barang yang lama usahlah dibuang
Kerana ianya mungkin boleh dijadikan
sebagai panduan
Sahabatku
Berjuang bukanlah sesuatu yang mudah
Kesuntukan masa itu biasa
Penat menderita itu sementara
Namun redha Ilahi itulah yang paling utama
Perang peperiksaan ramai menderita
Ada yang sesak kerana masih tidak ingat
Dan ada pula yang bersahaja, kerana sudah
padat
Namun, berserah kepada Ilahi itulah yang
paling tepat
Sahabatku
Setahun baru sahaja berlalu
Tahun hadapan sedang menunggu
Mungkin ianya sama
Dan mungkin ada yang baru
Alas yang dulunya empuk, mungkin bertukar
keras
Tempat menyandar yang dulunya tinggi,
mungkin tak lepas
Bagi yang lemah, ini memanglah susah
Tapi bagi yang kuat, ini mungkin hadiah
Sahabatku
Jatuh bangun itulah adat sebuah kehidupan
Jatuh motor, itu hanyalah dugaan
Namun apakah kita sudah cukup dengan ketahanan
Untuk menghadapi cabaran yang lebih
mendalam
Sahabat seperjuanganku
Gemuruh di jiwa kian membara
Bermula di puncak, ingin menuju ke angkasa
Usah lena, usahlah leka
Kerana bintang berkerlipan sedang menunggu
disana
Kuatkanlah semangatmu duhai sahabat,
janganlah mengalah
Andai dilanda badai, janganlah berputus asa
Sambutlah salamku, salam ikatan ukhuwah
Dari ku, Selapang Dada Seteguh Jiwa

No comments:
Post a Comment